Pajeri Terung
Bahan-bahan:
Terung panjang sederhana besar (dibelah dua jgn sampai putus, kemudian di goreng dahulu)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping
Caranyer..
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
No comments:
Post a Comment