Our specialty is to make your special day never be forgotten and the taste will always felt in your mouth and you wanting more. These are the secret recipe from the name you can trust.. Sweet Ummi Bakery

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepakaran kami adalah membuat hari istimewa anda akan diingati dan dikenang sampai bila-bila dan menjadi igauan ditekak anda dan berkata saya nak lagi lepas ini, itulah resepi rahsia air tangan kami dari Sweet Ummi Bakery.

JADUAL SWEET UMMI BAKERY

Nov 13, 2009

Kek Marble for makan-makan...


try resepi dari My Resepi... okay sgt.... makan suam2 sedap....
mmg dh lama tak buat kek marble... for makan-makan... minum petang...

KEK MARBLE (dipetik dari MyResepi)

Bahan-bahan :

  • 300 g mentega
  • 280 g tepung gandum *
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallete
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh orange emulco
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu lagi adunan dicampur dgn oren emulco. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

sodap.... jgn tak cuba....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails