Our specialty is to make your special day never be forgotten and the taste will always felt in your mouth and you wanting more. These are the secret recipe from the name you can trust.. Sweet Ummi Bakery
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepakaran kami adalah membuat hari istimewa anda akan diingati dan dikenang sampai bila-bila dan menjadi igauan ditekak anda dan berkata saya nak lagi lepas ini, itulah resepi rahsia air tangan kami dari Sweet Ummi Bakery.
JADUAL SWEET UMMI BAKERY
Sep 29, 2008
Sep 27, 2008
Sep 23, 2008
Ucapan Untuk Semua
Kad raya ni Ummi Eyna tujukan kepada semua kengkawan Ummi yang ada dalam list Ummi atau yang selalu datang singgah ke blog Ummi Eyna nie...
Semoga Aidilfitri tahun ini akan memberi 1000 makna kepada kalian semua...
SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR BATIN...
Sep 22, 2008
Biskut Arab Badam
Oder dari Student UTM
Ummi dapat oder nie dari Student UTM... katanya untuk Kelab nyer...
pas tu oder yang muffin besouu... yang kecik dalam box...


penat... tengah dok buat anak-anak kacau.... mmmm... sian hubby ummi...
hasil nyer jadik ler gak.... letak reben.... mmmm
cantik lak.... heheheh... perasan sendiri...
oh ya... dalamnyer ada 6 biji muffin...
flavo assorted... yang kecik punyer....




Dari waktu sahur.... subuh sampai ke berbuka... siap semua packing lebih kurang 9.00 malam baru siap.... wooowww.... dasat.... macam nak pengsan sebab posa... tapi hubby ummi memang baguiihhh.... siap tolong pek kan...
pas tu kul 10 malam pi hantar ke UTM ... selesai....
Sep 19, 2008
Resepi - Pajeri Terung
Pajeri Terung
Bahan-bahan:
Terung panjang sederhana besar (dibelah dua jgn sampai putus, kemudian di goreng dahulu)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping
Caranyer..
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
Bahan-bahan:
Terung panjang sederhana besar (dibelah dua jgn sampai putus, kemudian di goreng dahulu)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang merah}di tumbuk
1 ulas bawang putih}
2 cm halia (di mayang)
Sejemput ikan bilis utk perencah
Daun kari secukupnya
3 sudu besar serbuk kari ikan Baba's (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 ½-2 sudu besar kerisik
3 ½ sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
1 asam keping
Caranyer..
1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, halia dan daun kari serta ikan bilis, kacau hingga agak keperangan.
3. Masukkan pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
4. Setelah itu, masukkan santan, asam keping, terung yang telah di goreng dahulu tadi dan kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Selepas itu bolehlah di hidangkan.
Sep 17, 2008
FRIEND
Kepada kengkawan yang Eyna suka nak kasik.....
Yang Eyna pilih....
Intan - http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/
Alin - http://delicioushalalcake.blogspot.com/
Sweetlilly - http://sweetlillykitchen.blogspot.com/
Sep 16, 2008
Sep 13, 2008
Wedding Vishu Dev n Shanti





Kek nie kek kahwin orang India... thanks Vishnu Dev n Shanti....
mak dia siap ajak masuk dewan untuk makan.... waktu tu pun tgh nak masuk waktu berbuka... tapi sebab anak anak Ummi nie tak reti dok diam... jadi Ummi berbuka kat luar jer ler.... kat KFC...
apepun Ummi nak ucapkan
HAPPY WEDDING DAY TO VISHNU DEV & SHANTI...
komen dari Vishnu & isteri..
Hi Kak ummi, thank you for your delicious wedding cake, Me and My wife really love the design. Nice n happy to see my cake on your banner hehe...I akan tempah lagi untuk occasion yang lain..
Sep 11, 2008
Sep 6, 2008
Kek Keju Chipsmore
Kek Keju Chipsmore
Bahan Base:
120gm Biskut Chipsmore yang dikisar
120gm mentega/butter cair
Bahan A:
2 biji telur
120gm gula
160ml susu segar/cair
Bahan B:
250gm cream cheese
2 1/2 sudu besar gelatin (dicairkan bersama 6 sudu besar air mendidih)
250gm whipping cream (dipukul sedikit)
1/2 sudu besar jus limau (lemon)
Cara:
Campurkan biskut n mentega cair, kacau n masukkan ke dalam loyang. Sejukkan ke dalam peti sejuk untuk base mengeras.
Masak bahan A di atas double boiler. Kacau hingga mendidih dan sebati.
Sementara tu pukul cream cheese sehingga lembut, masukkan kesemua bahan B. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan A yang telah double boil tadi. Kacau rata...
Tuangkan dalam base yang telah keras tadi dan sejukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam... pas tu dah keras boleh ngap ler.....
Birthday Taha Mirza - 2nd on 5 Sept. 2008
Birthday anak Ummi yang ke 3 nie semalam... 5 Sept.2008 tak sempat nak sambut semalam... kerja... sempat kasik goodies jer kat bebudak di nurseri Al-Hidayah...
Dah besar dah anak Ummi nie.. dah pandai bergaya... nakal gak dalam diam...
Sep 2, 2008
Trifle Cracker
ni ler juadah berbuka ummi ....
Sep 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)